Jumaat, 8 Oktober 2010

Pengenalan Al Fateh Power Resources

Al-Fateh Power Resources merupakan sebuah  syarikat  Perkidmatan yang  menjalankan program latihan dan motivasi kepada para Remaja belia, Kelas Quran, Jualan buku-buku ilmiah, Perkhidmatan Produk Halal dan Rawatan Islam.  
Konsep “ Membantu, Mengurus, Melaksana dan Mendidik” adalah asas kepada syarikat ini di dalam gerak kerja yang dilaksanakan. Al-Fateh pula diambil daripada nama tokoh Islam Sultan Muhammad Al-Fateh (Pembuka Konstantinople) kerana beliau salah seorang tokoh pejuang Islam Muda atau Belia yang menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.  
Dari aspek inilah ia menjadi teras kepada pelaksanaan program latihan motivasi kepada remaja dan masyarakat di dalam menyebarkan Mind Power atau Fikrah Islami ke dalam diri Remaja dan belia sekarang ini yang telah hilang matlamat misi dan visi hidup sebagai khalifah dan hamba Allah SWT.  
Al-Fateh Power Resources dianggotai oleh beberapa kakitangan professional yang bertindak sebagai penceramah atau “motivator”, “Trainer” kepakaran dalam bidang masing – masing. Dengan izin Allah SWT Al-Fateh Power Resources akan bergerak di seluruh negara untuk menarik para Remaja dan Belia di dalam menjalankan tugas dakwah ini. - Allahu Haq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan